(Tahniah!) Zaibo Kini Sudah Bergelar Suami


GAMBAR KAHWIN ZAIBO
Akhirnya, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid yang mula kami kenali menerusi sitkom Spanar Jaya suatu ketika dahulu telah selamat mengakhiri zaman bujang’nya pada usia 54 tahun semalam (03/12/2010) dimana Zaibo sah menjadi suami kepada Siti Hawa Shawal dengan 2 kali lafaz.
Untuk info, ini adalah perkahwinan pertama Zaibo dan merupakan perkahwinan kedua buat Siti Hawa. Pada perkahwinan terdahulu, Siti Hawa dikurniakan 9 orang anak yang kini berusia antara 3 hingga 26 tahun.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Zaibo kerana telah selamat menamatkan zaman bujang walaupun sedikit lambat. Selamat berbahagia dan semoga dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
Selamat berjuang Zaibo.

0 Response to "(Tahniah!) Zaibo Kini Sudah Bergelar Suami"