NOH Hujan kata awek UNISEL tak cun dan busuk???!!!!

Karyawan yang gila je tak hargai peminat dia. Begitulah respon Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh apabila ditanya mengenai sikap biadapnya menulis ‘Awak busuk’ kepada seorang pelajar wanita di sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk, kursus Diploma Teknologi Fotografi di UNISEL. Kejadian 29 April lalu telah menimbulkan ketidakpuasan hati warga universiti terbabit sehingga seorang wakil pelajar tampil di Melodi dan akhbar B*Pop untuk menceritakan hal sebenar.

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain. Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”
Difahamkan, Noh telah dijemput oleh warga universiti terbabit untuk menghadiri satu ‘screening’ yang turut dihadiri tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr. Jins Samsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Yusof Haslam dan Dato' Siti Nurhaliza.

Selain menulis ‘Awak Busuk’ ketika sesi tandatangan, pelajar berkenaan turut memberitahu Noh telah menyebut "Girls kat sini tak cantik, tak cun" pada hari kejadian. Ekoran perbuatan Noh yang dianggap biadap dan keterlaluan itu, warga kampus terasa terhina dan meminta Noh tampil memohon maaf secara terbuka kepada mereka.
“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar kampus terbabit. Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni. Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya. Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah. Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik" kata Noh. -Gua

0 Response to "NOH Hujan kata awek UNISEL tak cun dan busuk???!!!!"