Isu Gambar Cium, Qasha Enggan Ambil Tindakan


Pelakon baru, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,18, atau Qasha tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan selepas gambar “panas” kononnya aksi dia dengan juara raja lawak, Nabil Ahmad,27, bercium tersebar.

Beritahu Qasha, dia lebih selesa untuk berdiam diri sehingga kontroversi itu hilang begitu sahaja.
"Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.

"Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun.
"Oleh itu, saya mahu senyap seketika dan tenangkan fikiran," katanya.

Tambah Qasha, walaupun kontroversi itu melanda dirinya, dia tetap tabah dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Kebetulan pula sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya mahu berada di samping keluarga di Kelantan. Saya mengakui saya rasa tertekan dan fikiran saya kosong akibat kejadian ini. Tetapi sekarang ini saya dah okey. Hidup perlu diteruskan," ujarnya tenang.

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan gambar panas yang dikatakan milik kedua-dua pelakon itu tetapi mereka menafikannya.
Sebaliknya Qasha dan Nabil mendakwa ia hanyalah teknik “super impose” berteknologi tinggi yang dibuat untuk menjatuhkan kerjaya mereka.

0 Response to "Isu Gambar Cium, Qasha Enggan Ambil Tindakan"