Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.

Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.