Fauziah Latiff (Gee) Bercinta Dengan Uncle Seekers?


Sedang hangat kisah pasal Uncle Seekers dan cinta syyy nya dengan bekas permaisuri Agong, timbul pulak kisah Uncle Seekers ada hubungan cinta dengan Fauziah Latiff atau Gee. Eh! bior bonar nih? betui ke? Kira hebat betui le uncle ni sekejap bekas  permaisuri Aishah pastu Fauziah Latiff pulak.
Gambar Gee dan Uncle Seekers mesra
Dalam agenda daily, uncle ada memberi kenyataan apabila ditanya betul ke dia dan Gee bercinta?
Syed Abdullah/ uncle kedengaran ketawa berdekah-dekah sambil berkata pula: “Gee dengan adik saya Hadi…. Bukan dengan saya. Sabtu ni adik saya balik (dari kembara keliling dunia). Nak jadi adik ipar kan…kenalah abangpun baik dengan Gee,’’.
Sebenarnya ramai yang terkeliru apabila dia telah menyiarkan gambar mesranya dengan Fauziah. Ramai yang menyangka penyanyi yang berstatus janda itulah ‘ sayang’ yang dimaksudkan.
Syed Abdullah berkali-kali menjelaskan dia sudah mempunyai ‘buah hatinya’ sendiri, seseorang yang amat memahami keadaan yang dilaluinya kini termasuklah hubungan dengan bekas Permaisuri Agong dan Fauziah.
Dalam tulisan terkininya di blog uncle seekers, uncle ada mengucapkan terima kasih kepada ‘sayangnya’ dengan berkata” Terima kasih kerana memahami Abang.I love you so much. Ada jodoh kita ijabkabul tahun hadapan dan 
kepada Gee pula dia mengungkapkan: “ Anda adalah sahabat karib saya. Kalau jadi adik ipar Uncle pun best gak (kalaulah)…”
Uncle masih sembunyikan siapa ‘Sayang’ yang sering dia sebut dalam tulisan di blognya, ternyata uncle dahmenafikan ‘sayang’ itu ialah Gee.

0 Response to "Fauziah Latiff (Gee) Bercinta Dengan Uncle Seekers?"