Demo air: Dr Nasir, Arutchelvan ditahan


Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah.

selangor protest against syabas 20101205 nasir hasim arrestedMereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL Sentral.
Ketika ditemui, Nasir memberitahuMalaysiakini: "Saya tak pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah."
Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya.
"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang sahaja," katanya.
Sementara itu, polis mengadakan sekatan jalan raya ekoran rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah kenaikan kadar bayaran air.
Manakala di Stadium Merdeka, kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) berhimpun mulai jam 11.50 pagi tadi.
Polis kemudiannya mengarahkan mereka bersurai. Kemudian selepas berunding dengan polis, mereka menaiki dua kenderaan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mendakwa penyelewengan Kerajaan Selangor.
selangor protest against syabas 20101205 supporters indianSementara itu, di tempat lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor, sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri protes kenaikan harga air dan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penganjurnya sebelum ini berkata, mereka akan berarak dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Menurut bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin, beberapa orang 'marsyal' telah ditahan. Beliau menggesa peserta lain supaya bertenang dan meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Negara.

Menurut tweet ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng SAN, seorang jurugambar TV Selangor turut ditahan.

0 Response to "Demo air: Dr Nasir, Arutchelvan ditahan"