Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo

Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

NONELagipun, katanya perhimpunan itu juga terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS. 

NONE“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaranTV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

0 Response to "Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo"