Analisis 1 (2010) bab 2

"Najib, rosmah, Anwar Azizah, Uncle Sekeers Aishah.."

Semangat 1Malaysia terus dilaungkan oleh rakyat Malaysia yang selama ini kian lama kian termakan dengan suapan oleh Umno Bn. Dan berita-berita terutama seperti TV3 dan RTM seringkali menyiarkan berita dari pihak Umno barisan nasional. Adakah pihak pembangkang tidak wujud dalam Malaysia, sedangkan isu politik ini masih segar dan sangat kuat dimalaysia. Pelbagai isu yang dilakukan Oleh Umno Barisan Nasional sehinggakan Isu Altantuyah dapat ditutup dan dihapuskan dengan begitu sahaja. Tetapi mereka akan lupa sesetengah rakyat tidak dapat menerima apa yang berlaku sekarang, Bangkit dan sedar lah wahai rakyat jelata. Ingatlah bahawasanya apa yang ada didunia ini hanya sementara, Wang dan harta tidak akan ikut bersama kita untuk ke alam akhirat. 

Semalam yang hangat dengan isu Altantuya sedikit demi sedikit dilupakan tapi hari ini, mereka bangkitkan Isu anwar ibrahim dengan Saiful Bukhari azlan. Apakah sebenarnya rancangan mereka? Mahukan pembangkang bungkus di Malaysia? Teruskan usaha anda, bungkuskan mereka. Jangan simpan lama-lama. Parah nanti jadinya.

Teringat kembali kisah anwar ibrahim satu ketika dulu yang diterajang dipukul seperti binatang, adakah mereka fikir binatang dihapadan mereka? Sehinggakan lebam teruk ditumbuk dengan sesuka hati? Binatang pun tahu akan belas kasihannya. 

SAC II Dato Mat Zain Ibrahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur menulis surat panjang kpd Datin Kalsom Taib, 

Saya menelaah semula warkah tersebut kerana Dato Mat Zain merupakan ketua pegawai penyiasat kes “Mata lebam”,“pemalsuan keterangan Dr Abdul Rahman dari Hospital Kuala Lumpur”, penglibatan Tan Sri Musa Hassan Dan Tan Sri Gani Patail. Beliau juga bertanggungjawan menyiasat kes berkaitan keterangan Dato Shafie Yahaya di mahkamah tinggi yang mendakwa Tun Dr Mahathir mengarahkan beliau menutup siasatan rasuah terhadap Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu Tan Sri Ali Abul Hassan.

Dalam mana saja sistem yang telus Dan adil, surat sebegini pasti menggemparkan kerana tampak menjejaskan sistem siasatan jenayah polis; perana BPR (kini SPRM); Jabatan Peguam Negara Dan badan Kehakiman. Dato Mat Zain menegaskan lagi kebenaran keterangan saya dalam suratnya kepada Timbalan Ketua Polis Negara. Malah beliau menyoal:“siapa yang menyebabkan sistem keadilan jenayah Kita menjadi kucar kacir…?”

Saya menggesa saudara semua meneliti surat tersebut dalam semangat ayat al Quran yang disebut oleh Datin Kalsum Dan diulang oleh Dato Mat Zain.

“Dan jgnlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan; Dan jgnlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya”–Al Baqarah: 42

Tiada apa yang dapat dihuraikan sehinggakan Anwar disumbat dalam ISA supaya dapat memuaskan nafsu meraka yang rasa hina terhadapnya.

Adakah ini orang kuat ketika anwar disumbat dengan hina kedalam penjara atau??? Semuanya tidak dapat kita huraikan kerana ianya file sulit yang tidak akan dibongkar oleh mereka semua yang terlibat. 

Dulu Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana menteri ketika itu Tun dr Mahathir sebagai  Perdana menteri, Pelbagai karenah yang dapat kita lihat, Tetapi pernah suatu ketika dahulu selapas Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Mahathir pernah mengatakan yang sebenarnya "tiada apa yang berlaku ketika pemecatan anwar ibrahim". Itu kita tidak pasti  tetapi hakikatnya Beliau lah dalang disebaliknya dan apa perancangan beliau kami pun tidak tahu. Hanya anda diluar dapat menilaikan yang mana buruk dan mana yang baik.
Panjang kisah anwar ibrahim sehinggakan hari ini terus difitnah dan di caci oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab bukan tulad, bukan kelmarin dan bukan semalam, sehingga hari ini dan akan  berterusan hinaan tersebut dan sentiasa mencari kesalahan beliau untuk dijatuhkan hukuman. 

Adakah anda tidak berasa bersalah atas perkara ini.  Atau ianya hanya permainan dunia anda? Seorang manusia yang lemah dan mempunyai  isteri yang begitu manis dan cantik ini dibuat sehinggakan rakyat membenci beliau dan isteri?

Lihatlah gambar anwar ibrahim yang begitu sayangkan isterinya wan azizah wan ismail. Kerana setiap pergerakkan anwar, beliau sentiasa berdamping dengan suaminya walaupun berada dimana sahaja.  Kasih sayang seorang istri dan kasih sayang seorang suami hanya diri sendiri sahaja yang tahu  berbanding kes altantuyah, anwar ibrahim. Dipukul, dihina, dicaci anwar tetap milik azizah.

Mengapa begitu zalim sehingga sanggup “melaknat” beliau kejurah jahanam?Pernah tak mereka terfikir akan dosa yang meraka lakukan. Kerana wang, mereka boleh melakukan apa sahaja untuk kepentingan mereka sendiri. Sayangnya Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku walaupun disorok dan ditimbus sedalam-dalamnya ke tanah.

Waraslah permikiran anda, Buka lah minda anda, bersatu menentang jenayah. Jauhilah fitnah adillah kepada semua, Bersihkan lah nama negara yang kian tercemar dipelusuk dunia.

Namun anwar bangkit semula, walaupun setelah kian lama didalam tahanan. Pelbagai rusuhan dan pelbagai tomahan mereka lemparkan, namun semangat yang jitu untuk membangkitkan keadilan, anwar terus bertanding di Parlimen Permatang pauh. Namun kebenaran dan kasih rakyat Permatang Pauh tetap kepada Anwar ibrahim.

Sejurus tamat pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat manakala yang lainnya masih lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan ini bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM) telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan dan akhirnya, selepas YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menang mengalahkan tiga pencabar lain untuk menjadi ahli parlimen di kawasan ini dan seterusnya menjadi ketua pembangkang Malaysia.

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil ini. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai2008. Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.

Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.

Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi. Pada 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahimkerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Daad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 undi berbanding lawannya 21,147 undi.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda UMNO, Dato'Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950 undi.

Lihatlah bertapa gahnya nama Anwar ibrahim di Permatang Pauh, dan Umno Barisan nasional risau akan kebagkitan rakyat di Malaysia setelah anwar ibrahim mengangkat sumpah diparlimen.

Anwar dan Pakatan rakyat teus berjuang demi menyelamatkan malaysia daripada di tindas oleh Umno Barisan nasional. Maka Anwar dilantik sebagai ketua pembangkang didalam parlimen. 

Ketika sedang hangat mereka untuk menyelamatkan Malaysia, Anwar sekali dilagi didatangkan bala yang mungkin agak sama kesnya seperti dahulu. Dan kali ini Umno Barisan Nasional akan terus menjatuhkan Anwar Ibrahim dari kancah politik, Kerna mereka berfikiran andai Anwar jatuh ke dalam parit, maka terkuburlah pakatan rakyat dimalaysia. Tetapi mereka lupa bahawasanya Tuhan itu maha adil,  Beliau sekali lagi dihadapkan kemahkamah atas alasan meliwt anak muda kecil yang sungguh comel di kalangan wanita yang meminat mukanya yang cukup lembut, sehinggakan berani bersumpah tanpa rasa bersalah. 

Saiful Bukahri Azlan seorang pelajar uniten yang dikatakan kandas dalam pelajarannya cuba mencelah mencari tempat didunia politik. Kerana percaya akan percakapan saiful bukhari azlan anwar mengambil beliau sebagai pembantu peribadinya. Hanya dengan hasutan dan wang ringgit, saiful berubah kepada manusia yang lupa akan kehidupannya. 

Pernah dahulu diperkatakan kerana setiap projek yang saiful mahukan daripada anwar, sentiasa ditolak oleh anwar ibrahim. Maka dengan keberangn terhadap anwar, saiful melaporkan kepada polis yang beliau di liwat oleh anwar ibrahim?? Jika benar ini berlaku? Siapa yang mahu dipersalahkan?? Anwar ibrahim atau pun saiful?? Jelas menyatakan disini. Statement yang dikeluarkan saiful” Anwar menyuruh saya mandi dahulu dan bersiap, anwar bertuala di tepi tingkap untuk menunggu saiful” adaka ianya dipaksa atau sukarela?? Logiknya disini ketika soal jawab didalam mahkamah, saiful cuba tegakkan kebenaran mengatakan “ Saya menonggeng dibawah bertemukan lutut ke lantai. dan saudara anwar berada  dalam keadaan berdiri" Adakah anwar tidak sakit pinggang lagi?? Adakah anwar makin sihat?? Siapa yang dapat fikir dan siapa yang dapat jawab perkara ini.

Namun,  untuk memuaskan nafsu saiful dan orang ramai, saifulmengambil keputusan untuk membuat sumpah berjunjungkan al-quran dan tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku terhadapnya sekiranya sumpah itu adalah sumpah duit mahupun kosong.

Jelas disini mahkamah sekali lagi menunjukkan ketidak adilan mereka terhadap perbicaraan Anwar Ibrahim.

Peguam-peguam Anwar Bertungkus lumus untuk menjerat percakapan saiful dan saksi, Saiful mendapat liputan meluas oleh media prima, anwar hanya mendpat burukan ileh media prima? Adakah ianya adil kepada rakyat? Mustahil kalau dikatakan Hakim dibeli oleh mereka?? 

Farah Azlina bertudung putih
Sedang proses penghakiman berjalan Saiful bukhari azalan sempat lagi mengambil kesempatan untuk bercinta dengan peguamnya. Kerana ingin mengetahui  proses dan kedudukan perbicaraan sehingga sangup melupakan orang yang tersayang. Mengenali Peguamnya yang bernama Farah Azlina cukup membahagiakan saiful. Alangkah indanya jika meraka dijodohkan.  

Kebanyakan orang percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah melakukannya tetapi tidak kurang juga mereka yang mempercayainya. Di samping itu ada juga yang menganggap semua ini adalah perancangan Anwar Ibrahim sendiri seperti yang disebut di blog Aizuddindanianbertajuk Anwar is playing you a fool.

Sementara itu mungkin dengan membaca dan melihat apa yang telah dikumpul di blog DarnMalaysia bertajuk Did Anwar Perform Sodomy? Some Video Confessions boleh membantu untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang.

Hospital Pusrawi mengatakan tiada kemasukan benda ke dalam dubur saiful
Bagaimana pula jika semua ini bukannya berpunca daripada Najib maupun Anwar? Ada sekumpulan orang lain yang telah merangka dengan teliti demi kepentingan mereka. Satu penulisan di FutureFastForward dengan tajuk Abdullah Badawi, The Political Chameleon And The Anwar Saga – What Everyone Should Know About The Real Badawi! boleh membuat kita semua berfikir semula tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

Ini diperkuatkan lagi dengan teori bahawa usaha memalukan Anwar dah lama di rancang oleh beberapa pihak tertentu.

Dalam perkembangan terbaru Raja Petra di blog beliau Malaysia Today mendakwa terdapat seorang doktor yang telah memeriksa Saiful dan mendapati Saiful tidak pernah diliwat. Doktor ini telah diarah untuk memalsukan laporan dengan menyatakan Saiful pernah diliwat. 

Belum Selesai masalah Politik dan scandal  Malaysia, kini timbul isu yang lebih hangat melibatkan rakyat jelata berkaitan isu Uncle Seekers dan Mantan Permaisuri Agong Malaysia DYMM Permaisuri Aisyah berbanding isu Ahli-ahli Parlimen Malaysia mahu pun isu Datuk seri Anwar Ibrahim Selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Bersambung.....

0 Response to "Analisis 1 (2010) bab 2"