Analisis 1 (2010) bab 1

"Najib, rosmah, Anwar Azizah, Uncle Sekeers Aishah.."

Dato' Seri Najib Abdul Razah
Perdana Menteri Malaysia
Bagaikan telur, telur yg diberi cantik rupa isinya tetapi disangkakan tembelang, begitu lah yang dapat kita huraikan dengan kepelbagaian perkara yang berlaku di malaysia hari ini.

Menyingkap ungkapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan. Ini lah ungkapan sering untuk seluruh gagasan 1Malaysia.

Lambang 1Malaysia
Kini  1Malaysia dipertikaikan oleh sesetengah pihak atas alasan sudah hampir 2 tahun ungkapan 1malaysia itu di gunakan. Tetapi bagaikan hanya satu mimpi sahaja.

Malaysia yang kini terumbang ambing kerana politik jelas menunjukkan kelemahan malaysia di mata dunia terutama seperti negara besar, amerika syarikat, German, Iran, Australia dan banyak lagi.

Besar nama Malaysia disana, Tetapi kecil bagi penduduk di Malaysia. Hanya dengan melihat kaca tv yang sekadar menjadi hiburan dunia. Mengapa terlupa akan realitinya. Mereka melaungkan Satu Malaysia!!! dengan penuh semangat yang jitu. Menjerit tak tentu pasal. Tanpa tahu erti 1Malaysia. Mudah tertipu dengan dakyah pimpinan Umno Barisan Nasional. Bahkan mereka hanya manis berkata-kata. Konon menjunjung keris  tanpa rasa bersalah langsung. Sedangkan Penunjukkan keris dikhalayak ramai perlukan tarinya sendiri. Kata melayu, mestilah mengetahui adabnya. 

Hishamuddin Menjunjung keris
 Ketika Persidangan Umno

Menjerit “ Takkan Melayu Hilang didunia” tanpa rasa segan silu terhadap keris yang dijunjung sambil tangan menggeletar. Ramai pihak yang mempertikaikan perkara tersebut.  

Disebabkan bernama menteri, semuanya hilang begitu sahaja. Dengan pangkat yang ada, mereka senang untuk membuat keputusan tanpa diragui bersalah atau pun tidak. Tanpa sedar mereka telah menyakiti hati sesetengah pihak dengan perbuatan mereka.                         

Janji manis ketika pilihanraya, itu sudah semestinya. Menaburkan gula di setiap namanya “pengudi” itu sudah pasti. Yang penting dapat memuaskan nafsu mereka untuk capai apa yang ingin di capaikan.

Itu baru seorang menteri dalam malaysia, cuba kirekan berapa banyak  menteri dalam malaysia yang ada. Perdana menteri jangan nak dicakapkan. Najib abdul razak nama yang diberi, Rosmah Mansor jodoh yang ditemui. Itulah pasangan yang paling bahgia dalam malaysia. Sebaik-baik namanya najib  abdul razak, sebaik-baik lah nama isterinya rosmah mansor yang sering menjadi buah mulut rakyat dimalaysia. Siapa Najib dan siapa rosmah?

Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium.

Pertunjukan Fashion Islamic Rosmah
Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama.

Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita.

Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad.
Antara Model-model pertunjukkan
Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Beginikah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.

Kini, Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.

Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka.

Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa Kamal Attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.


Sekelip mata isu Rosmah itu hilang tanpa kita sedari, tetapi Jika anda ingat lagi tentang Altantuyah Sharibuu Aminah Abdullah, Siapakah dia terhadap najib abdul razak?

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.
Altantuyah Shariibu mangasa pembunuhan
kejam yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat
malaysia. Altantuyah dibunuh dengan
menggunakan C4. Hanya Pihak tertinggi
 sahaja yang dapat mengeluarkan bom tersebut
Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan . Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan.

Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah :

  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.
  • Sebarang kenyataan daripada pihak eksekutif negara pasti mengundang salah faham dan dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah. Sehingga 1 Mei 2008, perbicaraan kes Altantuya masih berlarut-larut kepada isu-isu teknikal.


Apakah keputusannya yang akan datang, hanya kita boleh menunggu dan melihat apa yang akan terjadi...


0 Response to "Analisis 1 (2010) bab 1"