Aishah atau Uncle Seekers? atau.....

Suasana ruang internet Malaysia panas oleh isu Uncle Seekers di saman oleh bekas permaisuri agong, Siti Aishah. Tak pasti ejaan agung tu mana satu yang betul sebab ada blogger eja 'agung' ada separuh lagi eja 'agong'. 


Blog BeautifulNara memberi komen "Akhirnya mantan permaisuri Agong telah pun mengambil atas tindakan yang memalukan nama beliau"manakala di blog Uncle Seekers pula, Uncle Seekers memberi respon cool terhadap kes saman tersebut bertulis "Aisyah yang saman atau... ?". Respon Uncle Seekers memberi petanda  seolah-olah bukan permaisuri Aishah yang menyaman Uncle Seekers atau seperti ada seseorang yang bertindak atas nama permaisuri Siti Aishah memfailkan saman terhadap Uncle Seekers dan ayahnya, Syed Hussein Al-Attas semata-mata untuk menghentikan usaha Uncle Seekers membongkar kebenaran tersembunyi. 


Spekulasi di seluruh negara kini menyalahkanUncle Seekers kerana mendedahkan privasi permaisuri Siti Aishah. Namun dari gambar-gambar yang ada di blog Uncle Seekers serta kata-kata Uncle Seekers yang tertulis di blog miliknya, nyata nawaitu Uncle Seekers hanya satu iaitu mahu membebaskan Siti Aishah dari kurungan atau mungkin situasi ketidakbebasan bekas permaisuri itu. Buktinya, Uncle Seekersmenulis :


 "Please...lepaskan dia.. Saya merayu...Biar satu Malaysia atau dunia tahu saya dedahkan penderitaan Aisyah selama hampir sepuluh tahun. Saya tiada ruang lain untuk membantunya. Ianya berlaku secara spontan setelah mendapat ilham DARINYA".

0 Response to "Aishah atau Uncle Seekers? atau....."